Monday, October 17, 2011

On da ROOF~~

assalam.. alhamdulillah, syukur sangat2 sebab masih diberi kesempatan untuk sambung menge-post lagi kat blog ni.. haha.. sory sbb lama x post, xprasan plak dah lebih sebulan.. huhu..

so, skarang ni aku tengah bercuti dirumah.. haha, so klo dah si bujang ni bercuti kat umah, jgn salah anggap plak eh.. xmaen la bangon lewat2 pkul 10, pkul 11, pastu baru nak sarapan..haha.. wlaupun aku ni tgh bercuti, tp aku tetap bangun awal tau..hehe.. 

1 benda yang sangat aku rasakan perubahan ke atas diriku ketika aku berada di rumah kali ni, ialah aku kuat makan AKU DAH SEMAKIN RAJIN~~ haha.. entah la, semenjak dok kat umah tym cuti ni, suma benda aku nak buat.. basuh pinggan mangkuk, memasak, kemas umah, basuh kereta moto, full tym driver, jd cikgu utk adik2, bla3.. 

tp 1 benda jugak yg aku mula perasan, iaitu AKU DAH XBERAPA MINAT MAEN GAME~~ what!! heran betol la, member2 laen suma asyik dok maen game ja tym cuti2 ni, tp aku plak bila tengok game, macam xbernafsu dah..haha.. haha, perubahan +ve ni.. tapi tetap rasa cam nak amen game la plak walaupun mmg xda feeling.. huhu..

ok2, sambung cita.. la ni aku nak cita sket aktiviti aku pada semalam hari.. haha.. sebenarnya kat atas siling umah aku mungkin terdapat mana2 lubang or crack, so dat bila ujan lebat, akan ada air yg menitis dari siling.. so, klo dibiarkan lama2, abis la basah bilik den.. huhu..so, ayah buat keputusan untuk naik ke bumbung sekali lg untuk investigate + solve terus problem tu.. yg bestnya, ayah ajak aku naek skali..~~ (sblom ni aku cuma jaga tangga, so xleh naek..huhu)

berbekalkan torchlight murah yg aku pnya tu, kitorg panjat ke bahagian atas umah melalui siling kawasan tangga umah.. mula2 tu riso gak la, sbb nak panjat  kat situ, bawah plak ada tangga..~~ gayat.. haha.. lepas da naek tu, mmg gelap gak la atas tu, kitorg pun jalan2 la ke area2 atap umah.. tp kena hati2 tau, klo tersalah pijak, alamat jatuh la ke bawah.. huuuu...


pastu bukak beberapa keping atap umah supaya kitorang bole panjat keluar ke bumbung umah, pastu turun ke tmpat yg betul2 kat atas bilik den.. diringkaskan cerita, setelah 2 jam kaji2 + tengok2 area2 sekitar kat atas tu, kitorang pasti ia berpunca daripada crack2 yg ada di sekitar lubang saluran air kat atas umah ni..


solution: applying bitumen on dat section to cover da cracks.. settle.. haha

additional pic.. saja amek gamba ni.. huhu..
so, lepas dah siap sapu2 bitumen tu, kira settle la kot.. insya Allah, lopeh ni xda dah air2 menitis kat bilik den lg.. huhu.. alhamdulillah, 1 problem solved..

p/s-actually nk post bnda ni semalam, tp xsempat sbb tertido awal plak smlm.. letih bangat.. huhu :)

Tuesday, September 6, 2011

La Tahzan...


Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
[Al-'Ankabuut: 2]


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
[Al-Baqarah: 286]


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
[Al-Baqarah: 155]

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan.. buat akh fadhil, aku tahu perancanganmu itu telah lama disusun, namun apakan daya, takdir Allah berkata tidak.. yakinlah, mesti ada hikmah di sebalik ni.. mungkin Allah nak menggantikannya untukmu dengan suatu yang lebih baik daripada apa yang kamu impikan selama ni.. insya Allah.. sesungguhnya Allah tidak akan mensia2kan hambanya.. La tahzan ya akhi... rilek2, bak kata orang: rezeki Allah ada di mana2.. =)
_ _ _ _ _ _ _

p/s- harini final exam untuk sem ni sudah bermula.. doakan moga kita sama2 berjaya.. insya Allah.. selamat hari raya.. =)


Thursday, August 11, 2011

Tawasul Tiga Lelaki Di Dalam Sebuah Gua

Abdullah bin Umar bin al-Khattab RA telah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bercerita: Telah berjalan tiga orang daripada umat sebelum kamu (umat Bani Israel) sehingga mereka terpaksa bermalam di dalam sebuah gua. Apabila mereka masuk ke dalam gua, tiba-tiba sebiji batu besar bergolek dari atas bukit menutupi pintu gua itu. Lalu mereka terperagkap di dalamnya. Mereka berkata sesame sendiri: “Kita tidak akan dapat keluar dengan selamat dari gua ini melainkan memohon kepada Allah SWT dengan tawasul melalui amal soleh yang kita lakukan.”

Justeru, salah seorang daripada mereka berdoa: “Ya Allah! Dahulu aku mempunyai ibu bapa yang telah tua dan aku tidak pernah memberi minum kepada keluargaku, khadam serta semua hambaku sebelum aku memberi mereka minum. Suatu hari, aku telah berjalan jauh untuk mencari daun kayu. Lantaran itu, aku tidak dapat pulang menemui kedua-duanya sehingga mereka tidur. Aku lantas memerah susu untuk mereka minum malam. Malangnya, mereka berdua sudah tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka sebagaimana aku tidak suka memberi minum kepada keluarga dan khadamku mendahului mereka. Aku terus menunggu mereka bangun sehingga terbit fajar sedangkan mangkuk susu itu masih berada di tanganku. Anak-anak pula menangis kelaparan di kakiku. Akhirnya, mereka terjaga lalu meminum susu itu. Ya Allah! Jika benar apa yang kulakukan itu semata-mata mencari keredhaan-Mu, maka lepaskanlah kami dari dalam gua ini.”

Tiba-tiba, pintu gua tersebut terbuka sedikit. Walaupun demikian, mereka masih tidak dapat keluar.

Berdoa pula pemuda kedua: “Ya Allah! Dahulu aku memiliki seorang sepupu perempuan. Dia adalah manusia yang paling aku cintai.”

Dalam satu riwayat yang lain dinyatakan: “aku mencintainya seperti cinta seorang lelaki yang mendalam terhadap seorang wanita. Aku ingin mengadakan hubungan jenis dengannya tetapi dia enggan menurut kemahuanku. Sehinggalah berlaku kemelesetan serta kesukaran mendapatkan makanan, dia dating menemuiku. Lantas aku memberinya wang sebanyak 120 dinar dengan syarat dia hendaklah menyerahkan tubuhnya kepadaku. Dia menyetujuinya, sehingga aku berjaya menguasainya.”

Riwayat lain pula menyebut: “Tatkala aku duduk di antara kedua celah kakinya, tiba-tiba dia berkata: ‘Takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu membuka cincin melainkan dengan jalan yang hak’ (jangan kamu menyetubuhiku melainkan menikahiku terlebih dahulu). Aku terus meninggalkannya sedangkan dialah manusia yang paling aku cintai. Aku juga meninggalkan wang yang telah aku berikan kepadanya. Ya Allah! Jika benar apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mencari keredhaan-Mu, bukakanlah pintu gua ini.”

Lalu pintu gua itu terbuka sedikit. Namun, mereka masih belum dapat meloloskan diri.

Akhir sekali, pemuda ketiga berdoa: “Ya Allah! Dahulu aku telah menggaji beberapa orang pekerja. Aku telah membayar gaji mereka kecuali kepada seorang pekerja yang telah meninggalkan gajinya lalu pergi. Maka, aku kembangkan duit gajinya itu sehingga menjadi harta yang banyak. Selepas sekia lama, dia dating kembali kepadaku lantas berkata: ‘wahai hamba Allah! Bayarlah gajiku yang terdahulu!’

Aku berkata kepadanya: ‘Ambillah segala apa yang kamu lihat daripada unta, lembu, kambing serta hamba-hamba itu. Semuanya adalah hartamu.’

Katanya lagi: ‘Wahai hamba Allah! Janganlah engkau bergurau denganku.’

Aku menjawab: ‘Aku tidak bergurau. Aku berkata benar.’

Lantas, disereti harta-harta itu tanpa meninggalkan apa-apa. Ya Allah! Jika benar apa yang aku lakukan itu kerana mencari keredhaan Engkau, lepaskanlah kami dari dalam gua ini.’

Akhirnya pintu gua itu terbuka dengan luas. Lalu mereka bertiga berjalan keluar dengan selamat.. =)

[Sahih al-Bukhari: 2111, Sahih Muslim: 4926]

---------------------------------------------------------
sumber rujukan:

penulis buku: Allahyarham Dato' Ishak Baharom.. moga2 baktinya kepada Islam akan terus bermanfaat..  insya Allah.. 

Sunday, August 7, 2011

Kisah Burung Kecil dan Cicak


(sekadar hiasan)

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:
"Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang engkau siramkan itu."
Lalu dijawab oleh burung berkenaan:
"Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."
Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan). 
Daripada Amir Bin Saad, daripada bapanya (Saad Bin Abi Waqas) katanya:
"Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai 'Si Penjahat Kecil'." 
[Riwayat Muslim]

Friday, August 5, 2011

Kisah Semut dengan Nabi Sulaiman

(gambar sekadar hiasan)

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".