Friday, March 11, 2011

Jiran

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh.."
[An-Nisaa': 36]

alhamdulillah, selesai sudah solat jumat tgh hari td (bukan sekarang..huhu). ok2, sebenarnya nak cerita tentang khutbah jumaat yang disampaikan oleh khatib td, iaitu bertajuk 'JIRAN'.. so, fes of all, apa yang kita faham tentang word JIRAN?? tepuk dada, tanya diri sndiri.. klo terlupa, tnya la kat mr g0ogle.. :P

JIRAN --> Orang yg tinggal dalam lingkungan 40 buah rumah yg mana disetiap sudut dsekeliling kita..

Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.." 
[Riwayat Al-Imam Muslim]



HAK2 SEBAGAI JIRAN

secara ringkasnya, ada 3 hak2 yang utama:
  • Jiran yang Muslim + kerabat kepada kita 
          ---> Hak sebagai Jiran, 
          ---> Hak sebagai Kaum Kerabat, 
          ---> Hak sebagai Saudara Muslim,
  • Jiran yang Muslim, but bukan kerabat kepada kita
          ---> Hak sebagai Jiran, 
          ---> Hak sebagai Saudara Muslim, 
  • Jiran yang bukan Muslim
          ---> Hak sebagai Jiran, 

Daripada Anas bin Malik radiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Janganlah kamu saling membenci, janganlah kamu saling dengki-mendengki dan janganlah kamu saling bermusuhan dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya (sesama Muslim) lebih dari TIGA hari.."

[Riwayat Al-Imam Muslim]

so, lepas ni, klo terjumpa, or terserempak dengan jiran2, bertegur sapa la yea.. xkira la kiran cap apa, jiran rumah ka, jiran blok hostel ka, jiran U ka, jiran negara ka, jiran planet ka (huuuuu..alien~~), even jiran katil dalam bilik/dorm pun jadi la.. next, elakkan gadoh2 ngan jiran, gurau2 xpa.. n yang paling penting, jagalah hati jiran2 kita, kerana merekalah antara golongan terawal yang dapat membantu kita dikala kita dalam kesusahan.. insya Allah, kita mampu lakukannya.. =)

No comments:

Post a Comment