Tuesday, June 21, 2011

Kem Anak Soleh 2

Assalamualaikum w.b.t.. untuk post kali  ni, aku nak berceloteh sket tentang 1 kem yang sangat best, yang mana aku pun baru ja balek daripada kem ni.. ok, kem yang dimaksudkan adalah KEM ANAK SOLEH anjuran Sekolah Rendah Seri Iskandar (SKSI).. aku pergi kem ni under Unit Motivasi Lakad (RM).. actually, Kem Anak Soleh yang baru2 ni adalah kem yang ketiga, tapi nama 'Kem Anak Soleh' ni baru tahun ke-2.. so, thats why la tajuk post ni Kem Anak Soleh 2..~~ 

ok, sebelum berceloteh, nak review sket2 tentang kem yang ke-2 yang aku pun pi jugak kat sekolah ni dulu2.. jejom zasss~~

Kem Anak Soleh (23-24 Julai 2010)





waktu tu, aku tengah Foundation 2nd Sem, so, taon lepas tu xla seberapa sibuk mana pun.. then, aku join la abg2 n kakak2 RM ni buat kem kat skolah tu.. fes tym jadi faci kot tym tu.. huhu..yang bestnya, budak2 ni suma dok kat asrama ..memang menarik la, sebab aku pun baru merasa dok asrama waktu form 1..~~ huhu 


Kem Anak Soleh 2 (17-19 Jun 2011)

Kali ni, aku pergi kem ni under Unit Motivasi Lakad (RM), dibawah team Xpert Faci (aku bukannya terer tara mana pun.. heheh ), yang mana kami akan menjalankan / conduct / run program2 motivasi khas buat adik2 tercinta yang berada di sekolah2.. (pergh.. ayat..haha). so, untuk kem yang ni, modul2nya adalah untuk memupuk kesedaran dan membantu adik2 kita ni supaya terus menjadi anak2 yang soleh.. insya Allah..

untuk tahun ni, pihak sekolah juga menjemput pihak dari Akademi Fasilitator Kedah (AFIK) dan Ustaz Mohd Nazmi Bin Abdul Ghani dari Muadzam Shah untuk bersama2 menjalankan kem selama 3 hari 2 malam kat asrama SKSI ni .. perserta2 untuk kem kali ni lebih ramai sket la daripada taon2 lepas, total semuanya  ada dalam lebih kurang 200++ (ramainyer adik2...~~). ha, untuk kem ni jugak, aku ditaklifkan untuk menjadi faci bagi group 6 yang mana terdapat 13 orang perserta adik2.. haha, ramainyer adik2 saye..kui3

walaupun masanya singkat, cuma 3 hari 2 malam, namun biarlah masa yang singkat itu menjadi sesuatu yang mana insya Allah dipandang oleh Allah atas usaha untuk meningkatkan keyakinan adik2 kita tentang indahnya Islam dalam kehidupan.. moga2, bukan adik2 kita sahaja yang dapat manfaatnya, bahkan diri aku, sahabat2 seperjuangan, dan masyarakat2 sekitar yang tidak lokek membantu kem ni, turut mendapat manfaat yang sama.. insya Allah..

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"..
[Muhammad: 7]



terer gak la depa wat presentation kat depan.. huuu

rasa cam xsampai ati plak nk duduk atas kerusi ni.. huhu 

contoh nasihat yang kreatif.. terbaekk la..~~ 

aku pun xtau awat aku boh gambaq ni.. huhu 
lastly, apa yang aku nak katakan adalah, semoga aku dapat kembali lagi ke sekolah ini untuk terus bertemu dan membantu adik2 yang bakal menjadi penyambung rantai2 perjuangan agama Allah di masa hadapan.. insya Allah.. adik2, belajar rajin2 tau, jadilah anak2 yang soleh yang menjadi penyejuk hati ibu bapa kalian buat selamanya.. insya Allah.. wassalam..

No comments:

Post a Comment