Monday, August 1, 2011

Marhaban Ya Ramadhan



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
[Al-Baqarah: 183]

Assalam.. insya Allah, dalam entri yang pendek ni, aku nak share sket2 beberapa fadhilat yang terdapat dalam bulan ramadhan.. moga2 kita akan dapat manfaat yang sebanyak2nya dalam bulan yang mulia ini.. nak bagitau, info2 ni aku rujuk dari Blog Arkib Islam...


'Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.'

[Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi]

--------------------------------------------

'Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.'

[Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi]

--------------------------------------------


' Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.' 

[Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi]



ya Allah, aku sangat rindu pada Ramadhan-Mu ini ya Allah.. terima kasih ya Allah, kerana telah menemukan aku denggannya lagi pada tahun ini.. MARHABAN YA RAMADHAN !!!! 

No comments:

Post a Comment